Apa itu Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold

Gold Accumulation Program (GAP) adalah suatu kaedah oleh Public Gold bagi memberi kemudahan penyimpan emas menabung emas dengan hanya serendah RM100 sahaja.



Secara umumnya, akaun GAP ini berfungsi sama seperti akaun bank. Cuma akaun GAP ini menyimpan berat emas di dalam akaun berbanding akaun bank yang menyimpan nilai RM.

Untuk gambaran lebih jelas, saya menggunakan contoh seperti berikut:

  • Katakan harga emas pada 01 Jun 2021 adalah RM261/g. Dengan bayaran RM100, maka 0.3831g emas akan dikreditkan dalam akaun emas GAP kita.
  • Katakan pula pada 15 Jun 2021, harga emas meningkat menjadi RM267/g. Dengan bayaran RM100, berat emas sebanyak 0.3745g akan dikreditkan ke dalam akaun menjadikan jumlah baki baru emas di dalam akaun adalah 0.7576g (0.3831g + 0.3745g).
  • Pada 15 Ogos 2021 pula, harga emas adalah RM270/g dan kita ingin membeli 6g emas. Dengan bayaran RM1620, maka 6g emas tersebut akan dikreditkan dalam akaun menjadikan baki baru adalah 6.7576g.
 

Emas yang berada dalam akaun GAP boleh dikeluarkan kepada emas fizikal untuk simpanan sendiri dengan syarat minimum baki 1g dtinggalkan dalam akaun selepas pengeluaran bagi membolehkan akaun kekal aktif.

Urusan pengeluaran boleh dilakukan melalui 2 cara:

  1. GIT (pos berinsurans untuk emas sehingga berat maksimum 21g sekali pos pada harga RM10).
  2. Pengeluaran di cawangan Public Gold terdekat untuk emas dengan berat lebih 21g.
 
Antara item-item yang boleh dikeluarkan dari akaun GAP
 
 
 
 
Perlukan maklumat lanjut? Boleh whatsapp/call ke 019-6266485

Comments

  1. Perlukan maklumat lanjut? Boleh whatsapp/call ke 019-6266485 (Syahrizal)

    ReplyDelete

Post a Comment